FIKIR SPM tinggal sebulan.

DUA OKTOBER.

Kau sedar tak yang spm tinggal sebulan sahaja?

Kau sudah bangkitkah drpd khayalanmu?

Kau sudah bermulakah membuka semula segala nota-nota yang telah engkau tinggalkan?

Kalau belum, "FIKIR"

Pertempuran engkau bermula pada 3 NOVEMBER
& sekarang sudah 2 OKTOBER

Adakah sudah cukup ilmu d'dadamu untuk bertempur?

Pertempuran ini hanyalah sekali
Sekali seumur hidupmu

Tapi kalau nak bertempur dua kali pun boleh.

Ada ramai orang yang menaruh harapan pada engkau
Mereka ingin melihat kejayaanmu

Sanggupkah engkau hancurkan harapan mereka?

Ada insan yang diluar sana
Yang ingin menduduki pertempuran ini
Tetapi disebabkan kekurangan modal
Mereka tidak dapat bertempur bersama-sama

Engkau beruntung.

Ada yang sakit seperti tiada harapan untuk sembuh
Menyebabkan mereke tidak dapat hadir bertempur bersama-sama

Engkau sihat.

Ada yang cacat
Tapi masih berjaya 
Berjaya dalam pertempuhan yang sama seperti engkau duduki

Tak malukah?

Ada yang kehilangan ibu & ayah
Atau mungkin, "miskin"
Tapi masih boleh berjaya

Kau? macam-macam ada.

Maka dengan ini,
Engkau fikirlah.

FIKIR mana yang terbaik buat diri engkau
FIKIR & selami perasaan orang-orang yang menaruh harapan yang tinggi buat engkau
FIKIR pengorbanan ibu & ayah engkau selama 17 tahun membesarkan engkau 
FIKIR betapa gembiranya guru-gurumu apabila kau berjaya
FIKIR demi masa hadapan engkau

FIKIR & JANGAN PERNAH MENYESAL
Kerana hanya engkaulah yang mampu mengubah nasib hidupmu

Kau masih belum terlambat untuk bermula semula untuk mengubah nasib hidup engkau.








goodnight! x

Popular posts from this blog

Appreciating the Journey in Your Life.

Changes.

Another year, another blessing year!